Tuesday, April 27, 2010

Salam Muhibah Nusantara

Mari berkenalan dengan Raden Mas Ageng Kirana Sakti Wondapati Wutuh

* Adakah kamu sidang pembaca berminat akan ilmu? Sekiranya YA, teruslah mencari antara ilmu yang terang mahupun yang hitam ( tepuk dada tanya selera). Namun penilaiannya ilmu yang wajib menjadi pilihan itu haruslah diberi penghayatan. Mudahan segala yang dicari sukses buat kamu. Namun nasihat Pak Tua dalam menjangkau ilmu biarlah mencari ilmu yang sewajarnya.

* Kata-kata pujangga dari Pak Tua agar ilmu yang dituntut dan dicari mendapat manfaat kepada tubuh.
  1. Jangan disulami dendam.
  2. Jangan disandarkan nafsu menjadi raja.
  3. Jangan derhaka kepada orang tua.
  4. Jangan dijaga-jaga ilmu yang ada.
  5. Suapan guru jangan derhaka.

(Insyaallah apa yang dicari tidak sia-sia malah mendapat pahala disisi Allah)

* Bicaralah dengan Pak Tua sekiranya ada yang tersirat dan tersurat di kalbu kamu yang perkara boleh dikongsi bersama menjana keutuhan ilmu.

* Sedikit Tasauf dari Pak Tua

" Dibukalah rawang dada kamu dan dunia, dihijrahkanlah debu-debu tayamum menatang subuh, akan berbicaralah dunia hatimu berpayung pelangi, anak-anak nusa bangkit memacak tulang sebelum kiamat."

* Nama Pak Tua panggilan lahat

  • Dr (HSM) Hj Mohd Badri Rason
  • Dari Lembah Maharani Jaluran
  • Lenga dikotakan Johor

* Sajian indah bersama Pak Tua menunggu lembaran daun-daun dari langit.

Monday, April 26, 2010

Anda Masih Bersama BAPAK

Ayuh kita meniti titian ilmu yang disandang (dimiliki) yang tidak dibolehkan untuk kita mempelajari atau diambil dari seorang guru.

  1. Mengamal keturunan syaitan masuk badan hingga hilang ingatan.
  2. Mengambil ilmu kebal dengan memasukkan susuk.
  3. Memuja roh-roh manusia yang telah meninggal.
  4. Memuja syaitan dengan persembahan tertentu.
  5. Menggunakan khadam syaitan.
  6. Membuang ancak untuk tujuan tertentu.
  7. Mengambil Ilmu Kebas Selendang dan Alen telur yang menggunakan Mentera (memanggil khadam-khadam untuk menjalankan tugas-tugas rawatan.
  8. Mengambil ilmu mandian dengan campuran darah untuk memulihkan sakit.
  9. Memasang tatu di badan.

Apa yang diperkatakan di atas adalah diantara ilmu-ilmu yang dianggap melanggar peraturan akidah dalam islam. Dari itu, sesiapa yang berminat dalam bidang ilmu haruslah meneliti jangan sampai perkara-perkara yang di atas berlaku di pihak diri kamu. Maka rujuklah pada guru-guru, orang yang berilmu agama, para kiyai, dan imam-imam berhampiran untuk mendapatakn teguran dan nasihat untuk menyelesaikan ilmu-ilmu yang diambil dan dibuat penilaian pada diri sendiri demi keluarga dan anak-anak terselamat di dunia dan akhirat. Oleh kerana ilmu-ilmu seperti di atas mempunyai khadam-khadam tertentu dari syaitan dan jin yang jahat. Sekiranya tidak dapat diselesaikan oleh orang yang bijak pandai, tujulah ke jalan taubat. Andaikata ilmu ini terus dimiliki, maka akan menjadi SAKA turun temurun ke anak cucu.